Tuesday, 6 October 2020

PENGALAMAN TEMUDUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 KPDNHEP

at October 06, 2020 0 comments

 Assalamualaikum.

actually panjang entry ni. tapi aku cuba ringkaskan untuk rujukan hampa yang lebih mudah.

first thing first, aku rasa setiap tahun procedures atau pun kehendak SPA akan berubah-ubah dan tak tetap. sebab masa aku dapat ja panggilan temuduga tu aku terus cari info di google!(tapi malangnya tak banyak) and most of the posting semua tak sama langsung😆 ada yang kena macam ni ada yang kena macam tu..berbeza tempat temuduga pon mempengaruhi sebab yang iv hang tu orang so suka hati dia ja la nak strict ka nak lebih kurang..hopefully posting aku ni akan bawak manfaat sedikit sebanyak untuk calon temuduga di masa akan datang. oh ya aku start interview ni mula dari oktober 2019 sampailah februari 2020. so maybe bila tahun hampa iv nanti dah tak sama tapi sekurang-kurangnya jalan cerita dah jelas. apa yang kena buat dan apa yang kena prepare untuk hadap interview dengan pihak SPA. ok let's roll over..

1. Panggilan - PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) *ni aku copy direct header email SPA. rajin2 sikit check email sebab kadang2 ada yg terlepas pandang sebab tak naik notification.

UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

1.Pendaftaran bermula tepat jam 07:30 pagi - 08:00 pagi seperti ketetapan berikut:



TARIKHPEPERIKSAANTEMPAT
12/10/2019PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASANJABATAN PENJARA MALAYSIA (B)
PENJARA POKOK SENA,KM 24,JALAN NAKA

06400 POKOK SENA
KEDAH









2.Calon dikehendaki berpakaian sukan lengkap dan bersesuaian semasa menghadiri ujian dan membawa perkara berikut:
 
i.Kad pengenalan asal;
ii.Surat panggilan ujian fizikal yang boleh dicetak melalui emel atau Portal SPA sebagai bukti pengenalan diri (DOKUMEN-DOKUMEN LAIN TIDAK PERLU DIBAWA); dan
iii.Pen Biru/Hitam




  • Pendaftaran bermula tepat jam 07:30 pagi - 08:00 pagi. 
  • pukul 7pagi aku dah sampai depan penjara pokok sena, alor star. lepas subuh terus shoot laju2. masa sampai ada yg dah tunggu terpacak dengan parents. I guessed rumah depa ni lagi dekat dari aku hahaha.
  • ok so 7.15 pagi aku beratur untuk register nama sambil bawak surat tawaran dan ic sebagai bukti. masa ni masih pegang phone. lepas register smua kena beratur ikot giliran sapa sampai dulu. aku antara yang depan jugak la sebab daftar sebelum 7.30 kan hehe. so masa ni bapak lama gila tunggu sebab yg kaunter daftar tu satu ja. yang nak daftar beratus manusia ya(apo punya management bukak la kaunter banyak sikit) 
  • plus minus almost 9 pagi dia bagi dua barisan masuk dewan terlebih dahulu untuk mulakan pemeriksaan fizikal. masa ni ja dah ada yang tersingkir sebab bmi tak lepaih boh. daripada yg beratus manusia mai tu terus surut mendadak. nasib baik aku terlepas. hahaha
  • next pemeriksaan mata. macam biasa la dia akan check mata sapa yang pakai contact lens sapa yg mengaku sapa tak mengaku. masa ni dia akan suluh mata dengan torchlight eh so baik mengaku kalau pakai lens kalau tak tiada maaf bagimu dah. lepas check jarak penglihatan dia ada test warna jugak. sama macam ambik lesen kereta moto tu la.
  • habes ja semua masa ni dia bagi borang aku janji untuk isi sebelum masuk ujian check body. woho part ni sapa yang ada bulu2 tiak jangan lupa shave dulu sebelum p iv kalau dak malu k officer tu tengok tiak hang hutan rimba. yang dah kawen pulak jangan la bagi laki buat love bite ka apa kat lehiaq or mana2 kawasan badan paras pinggang. suruh posa sat unless kalau hang takmalu bg orang tengok sebab masuk dalam tu yang perempuan dia suruh bukak baju..yang laki aku xtau la cmana maybe bukak baju jugak. seluaq ja depa tak suruh bukak. 
  • ok kita dah start nampak sini yang beratus dah tinggai berpuluh orang ja. next is sit up dan lari ulang alik. benda tu nampak mudah tapi semua kena buat dalam masa yg ditetapkan. 
  • masuk part kawad ni memang takleh tolong la. nak tergelak tapi kesian takut diri sendiri pon sama ja hahaha. tapi mostly semua tersingkir tinggai berapa kerat ja ada la 10 orang lebih. sebab bagi chance pon orang tak reti kawad jugak. turn aku alhamdulillah dulu masa sekolah kadet uniform so ada la knowledge sikit nak kawad tuh.
  • settled ja semua tu rehat untuk makan dan terus ready untuk larian 2.4km! pukul 12.30 ya lari tengah padang hang bayangkan kalau tak kuat memang boleh pengsan atas padang tu hahaha mujuq aku ni kuat😝
2. LULUS UJIAN FIZIKAL!! - PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) - UJIAN PSIKOMETRIK BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI (KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP))

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:

      Jawatan:PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41
      Keputusan Peperiksaan:Tahniah! Anda berjaya dalam Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 di KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) . Pemakluman menduduki Ujian Psikometrik dan panggilan temu duga akan dimaklumkan kemudian.

mulalah gelabah biawak masa ni sebab tak pernah dengaq apa dia ujian psikometrik ni..soalan dia macam mana ada math ka apa..aku dah la pening tapi nervous tu memang teramat sangatlah..masa ni sekali lagi menggunakan khidmat en.google sebab nak tengok soalan contoh dan macam mana tips untuk jawab ujian ni sebab yang aku tau dia takdak jawapan salah atau betui lol..yang depa nak tengok adalah mana jawapan yang hang pilih..kira macam ujian personaliti gitu sesuai ka idok jadi pegawai in future nanti..banyak ja soalan contoh tapi tips aku yang penting kena ada pendirian tetap dan tegas..tak boleh bagi jawapan yang neutral sebab jawapan hang ni mewakili jawapan seorang pegawai..so masa jawapan ujian psikometrik ni hang anggap ja kalau hang pegawai apa yang hang akan jawap..aku cuak dulu siap pinjam kalkulator boipren punya la takut ada soalan kira-kira..rupanya takdak!senang cita exam ni mudah ja tapi ramai gagal..

3. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK LULUS!! - PANGGILAN TEMU DUGA PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) - UJIAN PSIKOMETRIK PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:

      Jawatan:PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41
      Keputusan Peperiksaan:Tahniah, Anda LULUS dalam Ujian Psikometrik pengambilan jawatan PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 di KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP). Tuan/Puan akan dipanggil ke peringkat temuduga. Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menunggu pemakluman seterusnya daripada pihak SPA bagi urusan temuduga.


alhamdulillah..actually tak sangka akan sampai tahap dapat penggilan temuduga..sebab ni first time so aku tak berharap sangat tapi dalam masa yang sama aku cuba yang terbaik..dari segi preparation tiap2 malam aku study..fahamkan apa fungsi jabatan dan apa sumbangan terhadap masyarakat..tingkatkan pengetahuan sebanyak mungkin especially tahap ilmu pengetahuan am dan isu2 semasa..sampai oncall dengan boipren pon sembang pasai pengetahuan am dan hal dunia haa kauu..apa yang aku tau aku cerita kat dia..apa yang dia tau dia cerita kat aku dan begitulah kami selama menunggu hari temuduga sampai..macam gigih tapi tu la nak dapat kena la rajin usaha..kita tau apa yang kita lack so kat situ la kita kena banyak improve..speaking english kena lancar jugak tau jangan la dok aaa aaa sambil cari vocab dalam kepala hahaha jenoh geleng kepala inviewer tu..aku hari2 berlatih explain yourself dalam dua bahasa siap2..melayu dengan english depan cermin..aku jenis tak boleh spontan sangat sebab sat lagi jadi tak formal..biasa la orang kedah..so aku scripted siap2 apa aku nak cakap lagi senang..then, jengjengjeng tibalah hari temuduga yang dinanti-nanti..cuak habes, dari segi etika pemakaian, blazer, nametag, dokumen2 yang dah disahkan wajib check sebelum masuk bilik temuduga..aku p awai tapi tulah ada lagi yang lagi awai dari aku hahahah..perempuan pakai baju kaler2 pastel ja....make up with 'no make-up' look..as minimal and sweet as u can go..jangan pakai lip colour tebai atau terang sangat..tapi jangan tak makeup langsung! kaluau nak shading blusher or eyshadow pilih powder yang matte ja tau..jangan pakai glitter..

4. KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 -

KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Keputusan temu duga yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut adalah seperti berikut:

      Jawatan:PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41
      Tarikh Temu Duga:
      Keputusan Temu Duga:CALON SIMPANAN

aku lulus sebagai calon simpanan ja..aku boleh check ranking dan tarikh tamat tempoh simpanan lagi masa spa8i dulu tapi bila da update spa9 ni xtaulah p mana no ranking tu..tarikh expired pon takdak dah..apapun alhamdulillah syukur sangat2 kalau ada rezeki semoga berubahlah status dari simpanan lantikan ke lantikan tetap..aamin hehe

masa ni tak kecewa dah sebab aku dapat tau kekosongan 38 sahaja calon simpanan 60. yang isi kekosongan tu pulak 20 daripada 38 orang adalah KPSA(kenaikan pangkat secara lantikan) KPDNHEP sendiri..selebihnya baru lantikan baru..fuh memang gila la nak fight orang yang dah 20-30 tahun keja hahahah nothing to comment about this just bersyukur diberi peluang dapat jugak merasai kegemuruhan bertemuduga dengan pihak kerajaan diusia yang agak muda..semoga ada rezeki diserap secepat yang mungkin dan semoga seketui fera terus bersabaq dan bertenang sampai dapat panggilan tetap😇

oklah let me know if u gais nak tanya apa2 kat comment section below..i will answer(if i know lah) 
till next post!
chao~

 

Feraspace Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea