Assalamualaikum.
actually panjang entry ni. tapi aku cuba ringkaskan untuk rujukan hampa yang lebih mudah.
first thing first, aku rasa setiap tahun procedures atau pun kehendak SPA akan berubah-ubah dan tak tetap. sebab masa aku dapat ja panggilan temuduga tu aku terus cari info di google!(tapi malangnya tak banyak) and most of the posting semua tak sama langsung😆 ada yang kena macam ni ada yang kena macam tu..berbeza tempat temuduga pon mempengaruhi sebab yang iv hang tu orang so suka hati dia ja la nak strict ka nak lebih kurang..hopefully posting aku ni akan bawak manfaat sedikit sebanyak untuk calon temuduga di masa akan datang. oh ya aku start interview ni mula dari oktober 2019 sampailah februari 2020. so maybe bila tahun hampa iv nanti dah tak sama tapi sekurang-kurangnya jalan cerita dah jelas. apa yang kena buat dan apa yang kena prepare untuk hadap interview dengan pihak SPA. ok let's roll over..
1. Panggilan - PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) *ni aku copy direct header email SPA. rajin2 sikit check email sebab kadang2 ada yg terlepas pandang sebab tak naik notification.
UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)
| 1. | Pendaftaran bermula tepat jam 07:30 pagi - 08:00 pagi seperti ketetapan berikut: |
| TARIKH | PEPERIKSAAN | TEMPAT |
| 12/10/2019 | PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN | JABATAN PENJARA MALAYSIA (B) PENJARA POKOK SENA,KM 24,JALAN NAKA 06400 POKOK SENA KEDAH |
| 2. | Calon dikehendaki berpakaian sukan lengkap dan bersesuaian semasa menghadiri ujian dan membawa perkara berikut: | ||||||
|
- Pendaftaran bermula tepat jam 07:30 pagi - 08:00 pagi.
- pukul 7pagi aku dah sampai depan penjara pokok sena, alor star. lepas subuh terus shoot laju2. masa sampai ada yg dah tunggu terpacak dengan parents. I guessed rumah depa ni lagi dekat dari aku hahaha.
- ok so 7.15 pagi aku beratur untuk register nama sambil bawak surat tawaran dan ic sebagai bukti. masa ni masih pegang phone. lepas register smua kena beratur ikot giliran sapa sampai dulu. aku antara yang depan jugak la sebab daftar sebelum 7.30 kan hehe. so masa ni bapak lama gila tunggu sebab yg kaunter daftar tu satu ja. yang nak daftar beratus manusia ya(apo punya management bukak la kaunter banyak sikit)
- plus minus almost 9 pagi dia bagi dua barisan masuk dewan terlebih dahulu untuk mulakan pemeriksaan fizikal. masa ni ja dah ada yang tersingkir sebab bmi tak lepaih boh. daripada yg beratus manusia mai tu terus surut mendadak. nasib baik aku terlepas. hahaha
- next pemeriksaan mata. macam biasa la dia akan check mata sapa yang pakai contact lens sapa yg mengaku sapa tak mengaku. masa ni dia akan suluh mata dengan torchlight eh so baik mengaku kalau pakai lens kalau tak tiada maaf bagimu dah. lepas check jarak penglihatan dia ada test warna jugak. sama macam ambik lesen kereta moto tu la.
- habes ja semua masa ni dia bagi borang aku janji untuk isi sebelum masuk ujian check body. woho part ni sapa yang ada bulu2 tiak jangan lupa shave dulu sebelum p iv kalau dak malu k officer tu tengok tiak hang hutan rimba. yang dah kawen pulak jangan la bagi laki buat love bite ka apa kat lehiaq or mana2 kawasan badan paras pinggang. suruh posa sat unless kalau hang takmalu bg orang tengok sebab masuk dalam tu yang perempuan dia suruh bukak baju..yang laki aku xtau la cmana maybe bukak baju jugak. seluaq ja depa tak suruh bukak.
- ok kita dah start nampak sini yang beratus dah tinggai berpuluh orang ja. next is sit up dan lari ulang alik. benda tu nampak mudah tapi semua kena buat dalam masa yg ditetapkan.
- masuk part kawad ni memang takleh tolong la. nak tergelak tapi kesian takut diri sendiri pon sama ja hahaha. tapi mostly semua tersingkir tinggai berapa kerat ja ada la 10 orang lebih. sebab bagi chance pon orang tak reti kawad jugak. turn aku alhamdulillah dulu masa sekolah kadet uniform so ada la knowledge sikit nak kawad tuh.
- settled ja semua tu rehat untuk makan dan terus ready untuk larian 2.4km! pukul 12.30 ya lari tengah padang hang bayangkan kalau tak kuat memang boleh pengsan atas padang tu hahaha mujuq aku ni kuat😝
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:
| Jawatan | : | PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 |
| Keputusan Peperiksaan | : | Tahniah! Anda berjaya dalam Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 di KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) . Pemakluman menduduki Ujian Psikometrik dan panggilan temu duga akan dimaklumkan kemudian. |
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:
| Jawatan | : | PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 |
| Keputusan Peperiksaan | : | Tahniah, Anda LULUS dalam Ujian Psikometrik pengambilan jawatan PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 di KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP). Tuan/Puan akan dipanggil ke peringkat temuduga. Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menunggu pemakluman seterusnya daripada pihak SPA bagi urusan temuduga. |
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Keputusan temu duga yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut adalah seperti berikut:
| Jawatan | : | PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 |
| Tarikh Temu Duga | : | |
| Keputusan Temu Duga | : | CALON SIMPANAN |

0 comments:
Post a Comment