Tuesday, 6 October 2020

PENGALAMAN TEMUDUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 KPDNHEP

at October 06, 2020 0 comments

 Assalamualaikum.

actually panjang entry ni. tapi aku cuba ringkaskan untuk rujukan hampa yang lebih mudah.

first thing first, aku rasa setiap tahun procedures atau pun kehendak SPA akan berubah-ubah dan tak tetap. sebab masa aku dapat ja panggilan temuduga tu aku terus cari info di google!(tapi malangnya tak banyak) and most of the posting semua tak sama langsung😆 ada yang kena macam ni ada yang kena macam tu..berbeza tempat temuduga pon mempengaruhi sebab yang iv hang tu orang so suka hati dia ja la nak strict ka nak lebih kurang..hopefully posting aku ni akan bawak manfaat sedikit sebanyak untuk calon temuduga di masa akan datang. oh ya aku start interview ni mula dari oktober 2019 sampailah februari 2020. so maybe bila tahun hampa iv nanti dah tak sama tapi sekurang-kurangnya jalan cerita dah jelas. apa yang kena buat dan apa yang kena prepare untuk hadap interview dengan pihak SPA. ok let's roll over..

1. Panggilan - PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) *ni aku copy direct header email SPA. rajin2 sikit check email sebab kadang2 ada yg terlepas pandang sebab tak naik notification.

UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

1.Pendaftaran bermula tepat jam 07:30 pagi - 08:00 pagi seperti ketetapan berikut:



TARIKHPEPERIKSAANTEMPAT
12/10/2019PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASANJABATAN PENJARA MALAYSIA (B)
PENJARA POKOK SENA,KM 24,JALAN NAKA

06400 POKOK SENA
KEDAH









2.Calon dikehendaki berpakaian sukan lengkap dan bersesuaian semasa menghadiri ujian dan membawa perkara berikut:
 
i.Kad pengenalan asal;
ii.Surat panggilan ujian fizikal yang boleh dicetak melalui emel atau Portal SPA sebagai bukti pengenalan diri (DOKUMEN-DOKUMEN LAIN TIDAK PERLU DIBAWA); dan
iii.Pen Biru/Hitam




  • Pendaftaran bermula tepat jam 07:30 pagi - 08:00 pagi. 
  • pukul 7pagi aku dah sampai depan penjara pokok sena, alor star. lepas subuh terus shoot laju2. masa sampai ada yg dah tunggu terpacak dengan parents. I guessed rumah depa ni lagi dekat dari aku hahaha.
  • ok so 7.15 pagi aku beratur untuk register nama sambil bawak surat tawaran dan ic sebagai bukti. masa ni masih pegang phone. lepas register smua kena beratur ikot giliran sapa sampai dulu. aku antara yang depan jugak la sebab daftar sebelum 7.30 kan hehe. so masa ni bapak lama gila tunggu sebab yg kaunter daftar tu satu ja. yang nak daftar beratus manusia ya(apo punya management bukak la kaunter banyak sikit) 
  • plus minus almost 9 pagi dia bagi dua barisan masuk dewan terlebih dahulu untuk mulakan pemeriksaan fizikal. masa ni ja dah ada yang tersingkir sebab bmi tak lepaih boh. daripada yg beratus manusia mai tu terus surut mendadak. nasib baik aku terlepas. hahaha
  • next pemeriksaan mata. macam biasa la dia akan check mata sapa yang pakai contact lens sapa yg mengaku sapa tak mengaku. masa ni dia akan suluh mata dengan torchlight eh so baik mengaku kalau pakai lens kalau tak tiada maaf bagimu dah. lepas check jarak penglihatan dia ada test warna jugak. sama macam ambik lesen kereta moto tu la.
  • habes ja semua masa ni dia bagi borang aku janji untuk isi sebelum masuk ujian check body. woho part ni sapa yang ada bulu2 tiak jangan lupa shave dulu sebelum p iv kalau dak malu k officer tu tengok tiak hang hutan rimba. yang dah kawen pulak jangan la bagi laki buat love bite ka apa kat lehiaq or mana2 kawasan badan paras pinggang. suruh posa sat unless kalau hang takmalu bg orang tengok sebab masuk dalam tu yang perempuan dia suruh bukak baju..yang laki aku xtau la cmana maybe bukak baju jugak. seluaq ja depa tak suruh bukak. 
  • ok kita dah start nampak sini yang beratus dah tinggai berpuluh orang ja. next is sit up dan lari ulang alik. benda tu nampak mudah tapi semua kena buat dalam masa yg ditetapkan. 
  • masuk part kawad ni memang takleh tolong la. nak tergelak tapi kesian takut diri sendiri pon sama ja hahaha. tapi mostly semua tersingkir tinggai berapa kerat ja ada la 10 orang lebih. sebab bagi chance pon orang tak reti kawad jugak. turn aku alhamdulillah dulu masa sekolah kadet uniform so ada la knowledge sikit nak kawad tuh.
  • settled ja semua tu rehat untuk makan dan terus ready untuk larian 2.4km! pukul 12.30 ya lari tengah padang hang bayangkan kalau tak kuat memang boleh pengsan atas padang tu hahaha mujuq aku ni kuat😝
2. LULUS UJIAN FIZIKAL!! - PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) - UJIAN PSIKOMETRIK BAGI PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 DI (KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP))

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:

      Jawatan:PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41
      Keputusan Peperiksaan:Tahniah! Anda berjaya dalam Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 di KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) . Pemakluman menduduki Ujian Psikometrik dan panggilan temu duga akan dimaklumkan kemudian.

mulalah gelabah biawak masa ni sebab tak pernah dengaq apa dia ujian psikometrik ni..soalan dia macam mana ada math ka apa..aku dah la pening tapi nervous tu memang teramat sangatlah..masa ni sekali lagi menggunakan khidmat en.google sebab nak tengok soalan contoh dan macam mana tips untuk jawab ujian ni sebab yang aku tau dia takdak jawapan salah atau betui lol..yang depa nak tengok adalah mana jawapan yang hang pilih..kira macam ujian personaliti gitu sesuai ka idok jadi pegawai in future nanti..banyak ja soalan contoh tapi tips aku yang penting kena ada pendirian tetap dan tegas..tak boleh bagi jawapan yang neutral sebab jawapan hang ni mewakili jawapan seorang pegawai..so masa jawapan ujian psikometrik ni hang anggap ja kalau hang pegawai apa yang hang akan jawap..aku cuak dulu siap pinjam kalkulator boipren punya la takut ada soalan kira-kira..rupanya takdak!senang cita exam ni mudah ja tapi ramai gagal..

3. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK LULUS!! - PANGGILAN TEMU DUGA PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) - UJIAN PSIKOMETRIK PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Keputusan peperiksaan yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut di atas adalah seperti berikut:

      Jawatan:PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41
      Keputusan Peperiksaan:Tahniah, Anda LULUS dalam Ujian Psikometrik pengambilan jawatan PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 di KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP). Tuan/Puan akan dipanggil ke peringkat temuduga. Mohon kerjasama Tuan/Puan untuk menunggu pemakluman seterusnya daripada pihak SPA bagi urusan temuduga.


alhamdulillah..actually tak sangka akan sampai tahap dapat penggilan temuduga..sebab ni first time so aku tak berharap sangat tapi dalam masa yang sama aku cuba yang terbaik..dari segi preparation tiap2 malam aku study..fahamkan apa fungsi jabatan dan apa sumbangan terhadap masyarakat..tingkatkan pengetahuan sebanyak mungkin especially tahap ilmu pengetahuan am dan isu2 semasa..sampai oncall dengan boipren pon sembang pasai pengetahuan am dan hal dunia haa kauu..apa yang aku tau aku cerita kat dia..apa yang dia tau dia cerita kat aku dan begitulah kami selama menunggu hari temuduga sampai..macam gigih tapi tu la nak dapat kena la rajin usaha..kita tau apa yang kita lack so kat situ la kita kena banyak improve..speaking english kena lancar jugak tau jangan la dok aaa aaa sambil cari vocab dalam kepala hahaha jenoh geleng kepala inviewer tu..aku hari2 berlatih explain yourself dalam dua bahasa siap2..melayu dengan english depan cermin..aku jenis tak boleh spontan sangat sebab sat lagi jadi tak formal..biasa la orang kedah..so aku scripted siap2 apa aku nak cakap lagi senang..then, jengjengjeng tibalah hari temuduga yang dinanti-nanti..cuak habes, dari segi etika pemakaian, blazer, nametag, dokumen2 yang dah disahkan wajib check sebelum masuk bilik temuduga..aku p awai tapi tulah ada lagi yang lagi awai dari aku hahahah..perempuan pakai baju kaler2 pastel ja....make up with 'no make-up' look..as minimal and sweet as u can go..jangan pakai lip colour tebai atau terang sangat..tapi jangan tak makeup langsung! kaluau nak shading blusher or eyshadow pilih powder yang matte ja tau..jangan pakai glitter..

4. KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 -

KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Keputusan temu duga yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut adalah seperti berikut:

      Jawatan:PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41
      Tarikh Temu Duga:
      Keputusan Temu Duga:CALON SIMPANAN

aku lulus sebagai calon simpanan ja..aku boleh check ranking dan tarikh tamat tempoh simpanan lagi masa spa8i dulu tapi bila da update spa9 ni xtaulah p mana no ranking tu..tarikh expired pon takdak dah..apapun alhamdulillah syukur sangat2 kalau ada rezeki semoga berubahlah status dari simpanan lantikan ke lantikan tetap..aamin hehe

masa ni tak kecewa dah sebab aku dapat tau kekosongan 38 sahaja calon simpanan 60. yang isi kekosongan tu pulak 20 daripada 38 orang adalah KPSA(kenaikan pangkat secara lantikan) KPDNHEP sendiri..selebihnya baru lantikan baru..fuh memang gila la nak fight orang yang dah 20-30 tahun keja hahahah nothing to comment about this just bersyukur diberi peluang dapat jugak merasai kegemuruhan bertemuduga dengan pihak kerajaan diusia yang agak muda..semoga ada rezeki diserap secepat yang mungkin dan semoga seketui fera terus bersabaq dan bertenang sampai dapat panggilan tetap😇

oklah let me know if u gais nak tanya apa2 kat comment section below..i will answer(if i know lah) 
till next post!
chao~

Monday, 15 June 2020

kebaya pario byhisdaisy

at June 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum semua!

hai again. fyi this is not sponsored review ok. review ni tulus ikhlas dan guna duit sendiri ja beli. so kita intro dulu kebaya pario byhisdaisy yang merupakan ig shop paling famous i guess. sebab belum jumpa lagi ig shop yang betoi2 jual kebaya ja. kalau ada please let me know. dalam tak sedaq dah 3 tahun aku jadi peminat setia byhisdaisy dengan mempunyai koleksi kebaya kutu bharu dan jugak kebaya sulam. mula2 tu beli untuk pakai raya ja tapi entah kenapa makin lama makin jatuh suka cinta minat semua ada dekat kebaya byhisdaisy ni hehe.
so this is my first kutu bharu. masa tu teringin sangat nak pakai kebaya putih, nampak classic menggamit kenangan sangat tau hahaha. so beli la untuk pakai raya and yes dah tiga tahun lepas beli since 2017 dan masih elok. kain yang ni elok ja masuk mesin tak kedut pon. kain pon licin ja cumanya kena pakai inner lah. every white blouse semua tak pernah lagi jumpa yang tak jarang kecuali tshirt jersi original so jangan lupa pakai inner full eh hahaha

this is my second purchase, aku beli sebab tema baju kenduri kahwin abang aku semua family pakai kelabu. so yeah haruslah grab kebaya sebab rare gituw hahaha. masa ni ada sale buy 2 free 1 pario tak silap. so aku purchase 2 untuk kakak ipaq buat matchy2. oh please abaikan prop yang terbalik tuu 😜 so far baju ni semua ok cuma yang tak syoknya lepas basuh kain baju dia jadi ketak2 nak gosok pon tak hilang kedut tu. orang kata kena basahkan tapi aku dah iron guna steam iron ok. satu baju satu tangki ayaq iron habes aku guna tapi masih tak licin kedutnya. frust sikit tapi still in love hahaha
third purchase, premium and nampak exclusive sangat kain satin pario plain ni tambah pulak dengan colour beige gold dia tu. peh terus beli tak cakap banyak dah masa ni. sesuai untuk yang nak pakai merisik, bertunang or any fancy event. nama dia maisa ka apa tah. tak ingat pulak. tapi hampa bole pi usha sendiri dekat instagram byhisdaisy ok. kain sama macam second purchase. yang seeloknya basuh la dengan tangan kalau takmau kain kedut2 retak seribu tu. tapi kita malas kan kita masuk mesin jugak hahaha

so far jenis kain yang first purchase ja aku suka. second dengan third purchase tu macam tak selesa sikit sebab material jenis cotton stretchable katanya. coming soon aku ingat nak ada satu kebaya hitam tapi belum ada lagi yang released. yang ada pon navy blue ja tenak ah. hopefully byhisdaisy keluaqkan la design hitam pulak macam kain yang mula2 dulu tu. senang nak jaga and warna pon lambat pudar. 

oklah until next post!
chao~

Wednesday, 10 June 2020

cara email mintak kerja untuk fresh grad

at June 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum semua!

hai again. seperti yang diperkatakan dalam post sebelum ni. aku rasa terpanggil untuk buat posting kali ni sebab aku dah berjaya guna teknik ni. benda ni adalah basic knowledge untuk fresh grad supaya hr team company yang hampa apply tu tak gelak dan perlekehkan hampa ok. belajaq tinggi2 tapi nak guna email pon tak reti. once dah masuk kerja ni aku banyak guna email untuk email customer, supplier from overseas which is communicate dengan foreigner dan sebagainya. sangat susah sebenaqnya untuk type formal email in English tapi kalau hang guna tips ni, hang akan nampak macam orang yang pandai guna email 😎

contoh template email untuk mintak kerja ⇓

⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭

title: APPLYING FOR POSITION ONLINE FB ADS MARKETER SALES EXECUTIVE
email address: 

Dear Company Name,

My name is X.  I am currently working as an M at J.

Since my current contract is nearing completion, I am seeking an opportunity to further my career through new challenges that enable me to provide my future employers with a solutions orientated approach, whilst exercising my ability to understand my environment and excel in delivering satisfactory performance and further opportunities growth.

I have worked experience in sales since I was a student back three years ago as self-selling for the last 3 years and find it challenging and exciting, with a broad range of activities and multi-national personnel to gain further experience from. When I was in my internship program I was also a seller of my company's product which is S and has boost up to 80% of sales only within 8 weeks. I am still taking part in sales during my current job as M by selling electrical appliances through online social media.

Throughout my career, I have maintained the highest performance standards within a diverse range of administrative functions, which is clearly demonstrated by my past achievements. 

My enclosed resume includes several official experience. I am available at your disposal to provide further information, references or documentation as needed.

Thank you.

Regards
Fera
tel phone no:

⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭⤭

email haruslah dalam bahasa inggeris baru nampak educated. jangan lupa attached sekali resume dengan cover letter. hampa bole adjust second paragraph tu untuk explain benda yang lebih related to position applied. hm tu ja lah kot. kalau ada apa2 aku update lagi. until next post!
chao~

Tuesday, 9 June 2020

Resepi mudah mee/bihun/kuey teow goreng paling mudah

at June 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum semua!

hai again. actually aku tak dak la pandai masak sangat tapi memandangkan aku ni duduk jauh dari family dan ada satu hari aku jadi teringin nak makan mak masak tapi nak balik jauh pulakk huhu. maka aku pon menuntut dengan mak aku tiga resepi wajib ni. benda paling simple dan mudah dengan menggunakan bahan blend yang sama. simple sangat tapi lepas la nak jamu macam ayaq tangan mak dikampung tanpa perlu balik kampung hihi. so let's get started:

Bahan Blend:

  • Cili kering: 5biji cili kering(potong dan buang biji) depend tahap kepedasan jugak kalau tenak pedas bole letak 3 biji saja, nak pedas extra leleh ayaq hidung bole letak 7 biji hahaha. boleh guna cili boh jugak letak 3 sudu besar
  • bawang merah - 5 biji
  • bawang putih - 5 biji
  • letak la air sikit separuh dari bahan blend tadi

Sos perasa:

  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap
  • sos tiram

so masuk part paling penting yang mana hang kena paham beza 3 benda ni. oh ya bahan blend aku ni untuk masak sebungkus mee, sebungkus kuey teow dan separuh bungkus bihun tau. so macam mana nak masak? apa yang buat kan 3 serangkai ni berbeza bila dah siap goreng?ok meh sini baca.

1. Mee

  • masukkan minyak satu senduk dan tumis bahan blend tadi sampai hampir pecah minyak.
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • masukkan sotong/udang/( kalau nak masukkan daging kena tumis daging dengan bahan blend tadi sekali)
  • garam dan maggi cukup rasa secukupnya.
  • masuk kan sebungkus mee dan goreng sampai naik bau
  • masukkan kobis
  • masak lagi sampai sayur lembut dan siapp
2. bihun
  • masukkan minyak satu senduk dan tumis bahan blend tadi sampai hampir pecah minyak.
  • 2 1/2 sudu besar sos cili
  • 3 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap
  • masukkan sotong/udang/( kalau nak masukkan daging kena tumis daging dengan bahan blend tadi sekali)
  • masukkan garam secukupnya
  • tambah 3 cawan air
  • masukkan separuh bungkus bihun, goreng sampai kering dan naik bau
  • masukkan carrot dan kobis
  • masak lagi sampai sayur lembut dan siapp
3. kuey teow
  • masukkan minyak satu senduk dan tumis bahan blend tadi sampai hampir pecah minyak.
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu kicap
  • masukkan kerang/sotong/udang/( kalau nak masukkan daging kena tumis daging dengan bahan blend tadi sekali)
  • masukkan garam secukupnya
  • masukkan sebungkus kuey teow dan gorang sampai naik bau
  • masukkan kucai dan togeh
  • kacau sikit bagi sebati dalam 3 minit dah siap
so nampak tak apa bezanya kat sini. kalau mee tu masukkan sos sesedap rasa ja. untuk bihun pulak kena lebihkan sos tomato sebab bihun kena masam2 sikit baru sedap. kuey teow pulak kena lebihkan kicap and kalau letak kerang pulak memang cun. kerang tu jgn lupa rebus dulu sebab dia bau hanyir. 

ni aku belanja sikit hasil masak 3 serangkai nih.


 
bihun aku suka letak daging, mee pulak udang ja selalu, kueyteow kena kerang la baru sedap hahaha tapi masing2 punya taste la kan. oklah selamat mencuba. until next post!
chao~

Master atau Kerja?

at June 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum semua!

hai again. this is my dilemma right after final year dulu. kalau ikot universiti lecturer akan suggest untuk sambung master under fakulti kita sendiri. Proses permohonan ni selalu akan start right after habes final exam. senang cita hang akan diserap as student universiti yang nak sambung belajaq la. ramai suka sambung cara yang macam ni sebab requirement lebih rendah compared to normal application. tapi kalau hang pandai yakmat bole la apply master ikot universiti mana yang hang minat k.

first sekali kita jangan ikot kawan. sambunglah ikot kemampuan dan kepandaian kita, ikot minat. jangan sebab kawan sambung hang pon jadi teringin nak sambung jugak. teringin tu tak salah, yang salah kalau hang teringin tapi hang tak minat pon apa yang hang nak buat. end up nanti tak sampai dua sem hang dah gelabah biawak nak berhenti dan gila sebab perjalanan master ni tak semudah degree ya anak2. kalau degree pon hang dah pecah kepala hadap viva, semester project bagai maka bayangkan lah kalau dah sampai tahap master.

master ni dia ada tiga jenis, ada master coursework, ada mixed mode dan ada yang by research. coursework ni dia macam degree dulu la. hang kena p kelas lepastu ada exam, test, assignment and etc. mixed mode plak separuh coursework separuh lagi hang kena buat research. kalau by research ni full time hang keja buat research ja dan selagi tak selesai research hang selagi tu la hang takkan grad. dia takdak certain period of time untuk tentukan bila hang akan habes master tu. hahahah dah macam phd ya anak2. so nak senang  kena ambik master coursework laa. sapa ja suka sangat buat research tu kan. aku nak buat questionnaire masa degree dulu pon dah muntah hijau. unless kalau hang rajin so master by research is recommended. mixed mode ni pulak ramai yang kata boleh gain banyak knowlegde. so sila buat research dulu la mana yang hang nak dan sanggup nak hadap heheh.

Story start ↓

al kisah dulu aku pilih master ya berbanding kerja. sebab aku ingat lagi tinggi education lagi tinggi jawatan hang. maksudnya bole keja besaq sikit la kalau dah belajaq sampai master ni. tapi tanggapan aku silap. master ni khusus untuk orang yang minat nak ke arah education dan mostly yang nak jadi pensyarah saja buat master ni. so aku pon pikiaq balik. adakah aku nak jadi pensyarah? hmm no no habes semua anak orang aku jerkah sat lagi haahahah. akhirnya aku dapat tawaran kerja hehe alhamdulillah. dah masuk kerja ni baru la mata aku terbuntang bila aku dapat tau yang kebanyakan company tak tengok pon level education hang. yang dia tengok, soft skill, pro certificate dan paling penting sekali pengalaman kerja. ada pon master yang laku adalah master yang related to skop kerja hang. contoh kalau business, nak masuk top management kena la pursue MBA macam yg kita tengok anak-anak orang kaya dalam drama lestari pukul 7 tu hahaha. but of course that's not how things work in real life.

maka dengan itu jangan la risau dipandang rendah sebab anak makcik kiah belakang rumah sambung master tapi hang pi sambung cari kerja. nasihat aku untuk orang yang plan takmau jadi lecturer bole terus lupakan niat sambung master. pi lah kerja. once dah kerja dan tau bidang apa yang lack expertise masa ni baru hang pi sambung kalau memang betoi minat. sebab hang dah faham how industry works. masa ni baru hang akan dapat jawat jawatan besaq dalam company2 sebab hang dah ada pengalaman kerja. value hang akan naik bila hang dah ada master dalam industry yang hang ceburi. tapi kalau cita2 memang dari kecik nak jadi pensyarah yes you should pursue your master!

dari segi financial ni bagi aku, tak galakkan ambik loan PTPTN. tapi kalau hang dari family kayo anyak duit yang tu no hal. lagi bagus sebab nanti bebas hutang dan lebih menjamin ketenangan dimasa depan. yang dapat sponsor pulak good job, pi belajaq elok2 and serve your sponsor ja la lepastu. yang takdak duit ni ha tu yang aku kata kerja dulu. better simpan duit sendiri untuk sambung belajaq ni sebab hang akan lebih tekun belajaq nanti hahahah duit sendiri oii. yang spend duit sendiri ni dia tau la ken. lebih menghargai gituw :'D 

konklusinya, untuk rakyat marhaen macam aku ni sila la kerja. tak payah rugi masa rugi duit. ilmu boleh cari tapi masa tak boleh dibeli dengan wang ringgit. lagi elok untuk hang build a better life. get a job, house, car and finally breed some ancestors hahahah. family yang T20, ataupun upper M40 ja yang takkan hesitate untuk sambung belajaq ni. yang bawah pada tu boleh ambik nasihat aku as guide dan renung-renungkanlah anda mampu membuat pilihan yang lebih bijak. 

hmm itu saja kot pendapat 2kupang aku. kalau ada apa2 yang aku teringat nak tambah nanti aku update balik. until next post!
chao~

Monday, 8 June 2020

Girls tip PART 1: Jangan setia kawan!

at June 08, 2020 2 comments

Assalamualaikum semua! 

hai again. harini rasa macam nak bagi tips untuk girls yang baru nak masuk belajaq universiti tak lama lagi. maklum la result upu baru keluaq kemaqin ni heheh dan akan ada yang dapat tawaran masuk ke ipta, asasi, matrik, poli, kolej mara, tingkatan 6 dan sebagainya. tapi tak kisah la ke mana pon anda berada. dengan sekeras-kerasnya aku nak cakap jangan sesekali berkawan dengan seorang tu ja aka jangan ada kawan baik dan berkepit macam belangkas dengan dia. aku taktau la kalau orang lain tu ada yang elok ja berkawan baik berpuluh-puluh tahun, alhamdulillah yang kekal semoga persahabatan anda terus kekal hingga ke jannah. tapi untuk yang belum ada atau baru dok plan nak cari kawan baik dekat tempat belajaq baru nanti tolonglah ingat pesan aku ni. TAK PAYAH ADA KAWAN BAIK! 



adalah lebih baik kalau hang bergaul dengan semua orang dekat universiti dan kawan sekelas especially dengan kawan lelaki. tapi jangan bergedik! hahaha ada bezanya berkawan dan bergedik ni ya kawan2. so kalau hang jenis yang nak menjaga ikhtilat dan nak berkawan dalam circle yang kecik ja tolong berambus dari posting aku ni hahaha dak2 gurau ja. ni cuma nasihat hang just need to take it or leave it. so kenapa penting untuk tak ada kawan baik? bukan ka kawan baik yang tolong jaga tempat hang kat kelas, teman makan, teman berjalan ke bas, teman jalan2 and etc. kalau takdak kawan baik takleh la buat camni kan??

ingin aku tegaskan
 sekali lagi ya gais, kalau hang takdak kawan baik pon hang bole buat semua ni tapi dengan syarat hang kena kawan dengan semua orang. aku rasa dari dulu sampai sekarang perempuan kalau dalam kelas dia akan berpuak-puak, kalau classmate ramai lagi la hang akan jumpa banyak puak. puak ni dia ada banyak. ada yang puak ikut negeri(yang tau tu tau la kan), minat yang sama, sekufu(kaya dengan kaya) dan banyak lagi. 




berkawan dengan sapa ni akan tentukan mental health hang dekat tempat belajaq yang baru sekaligus akan affect hang tak fokus belajaq, depression dan banyak lagi. aku dah kena 4 kali dalam sejarah hidup aku sepanjang aku belajaq dari satu tempat ke tempat yang lain. jadi aku rasa lepas aku takdak kawan baik baru la aku lebih happy dari sebelum ni. happy sebab aku takyah stress pasai masalah kawan2. happy sebab aku hanya fokus untuk achieve life goal aku ja tanpa perlu terasa hati dengan kawan2 or sapa rampas kawan sapa. aku dah rasa dah dulu. kalau hang kawan berdua, akan ada yang ketiga cuba masuk untuk berkawan dengan hampa. lama2 salah satu daripada yang berdua tadi akan mula rasa tersisih pastu mula la episod drama ayaq mata. jadi untuk apa hampa nak kena sakit hati pasai benda yang takdak paedah camtu kan.  


live a life yang lead to happiness. kawan laki sangat penting sebab nanti hang akan terlibat dengan group assignment yang perlukan hang ke mana-mana dan of course hang akan manfaatkan depa ni untuk buat keja2 physical mcm print assignment, tolong submit and kalau depa ada kereta adalah satu bonus ya kawan2 hahahah. aku ni last sem baru aku ada kawan laki dan aku menyesai tak kawan dengan depa dari awai sebab depa ni semua jenis perform bab assignment wei. so hang takyah risau pasai carry mark confirm 3pointer ke atas dalam tangan dah! dulu aku malu sebab classmate lelaki aku dulu ni ramai yang dah tua lagi sebab depa lepasan diploma. aku masuk matrik so macam segan la nak tegoq ken bila beza umoq banyak. tapi takpa mistake learn!

lagi satu tolong la ada diversity untuk kawan dengan orang yang lain kaum. jangan racist or nak kawan dengan kaum hang ja. masa ni la nak belajaq kenai kaum cina, india sebab dah kerja nanti hang akan susah bergaul kat tempat kerja. masa belajaq ni la depa baik hati and peramah plus depa ni sangat rajin so kalau rasa nak perform exam sila berkawan dengan depa. they got a lot of notes and previous exam questions. bukan nak kata la tp senior2 cina ni mmg jaga terok kaum depa, yang senior akan pass semua notes dan buku2 kat junior. itulah rahsia kaum depa ni perform dean list every sem. benda yang paling aku menyesai masa universiti dulu aku tak manfaat masa lapang aku belajaq second language. which is sangat berguna untuk hang cari keja after grad. so gais take note for second language. preferred language is of course mandarin la tapi sapa yang nk belajaq benda lain pon dipersilakan. 

back to our main subject, jadilah orang yang neutral dalam berkawan. sentiasa merendah diri dan jangan sesekali cerita masalah peribadi hampa! tambah2 pulak kalau benda tu rahsia besaq hang dalam hidup. senang cita jangan bukak aib hang depan kawan sebab benda tu selalunya yang akan jadi punca kawan hang mula meluat dengan hang dan mula la episod drama ayaq mata lagi sekali hahaha.

banyak lagi yang aku nak cerita tapi cukup dululah setakat ni. until next post!
chao~

First post!

at June 08, 2020 0 comments


Bismillahh


Assalamualaikum semua!


It's been a long time since i've blogged! ada dalam 10 tahun macam tu. hahaha woww how time flies! So since this is my first posting after 10yrs hence consider this as salam perkenalan ya. aku percaya yang takkan ada orang nak baca pon tapi takpa la. nak syok sendiri ja. hihii

so seketul fera ni merupakan anak perempuan tunggal. tak ada geng nak meluahkan perasaan. hanya abang2 yang menganggap diri ini cengeng(taktau la eja betoi ka dak ni) tapi tu la tiap kali aku nak curhat mesti kena kecam dulu hahaha siot ja. layan la sikit adik perempuan sorang ni bukan nak mintak apa pon. so yeah abang2 dah berkahwin semua dan bagi aku kakak ipaq yang baik dan pemurah tapi takkan sama la macam kakak sendiri. so sedih lagi dalam masa yang sama masih bersyukur. cuma takdak la nak curhat semua isi hati ni. ehek

status aku masih single but not available. masih dalam proses kumpul duit nak kawen hahahah relax dulu masih muda. buat kawan2 yang dah makin ramai menamatkan zaman bujang dan akan menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat, tahniah aku ucapkan. so yeah, masih lagi sangkut dengan hutang pt yang berpuluh ribu dan hidup masih perlu diteruskan. dulu parents aku tak bagi bercinta masa belajaq so aku rahsiakan hahahah sampai la satu masa ni which is dah masuk uni baru la aku perkenai kat family. pastu sekarang bila dah kerja parents tak habes2 tanya bila nak kawen hmm :) sudahh hahahah

kawan2 pulak tak ramai  yang real sekarang. cukup sekadar kawan yang menjadi kenalan di media sosial dan aku pasti depa takkan sampai sini punya hahaha. takpa la lagi bagoih. aku bole post suka hati tanpa tau sapa yang view blog aku ni. dari dulu aku akan ada kawan dipermulaan sesuatu tempat yang aku pi tapi dipengakhirannya mostly tak ramai yang stay. so yang stay ni ja la yang jadi kawan aku sampai sekarang. still contact each other tapi bila dah kerja ni hang takkan ada masa nak contact kawan2 hang macam dulu sebab masing2 ada life sendiri. aku pon jadi malaih nak contact bukan sebab apa. aku cuma lebih menghargai masa untuk diri aku sendiri ja. lagipon entah kenapa dari dulu selalu ja ada perselisihan faham dengan kawan2. perempuan la katakan. mana pernah lari dari terasa hati, mengutuk belakang, rampas kawan orang and etc. wakaka. aku rasa kawan laki aku lagi ramai dari kawan perempuan sebab laki ni dia relax. moga bf aku tak jeles dengan kawan2 laki aku hahahah. 

next, after grad 2018 aku start cari kerja dan rezeki aku dah tertulis untuk merantau dari kedah ke selangor. so sekarang dah 2020 masih lagi di selangor tapi dah bertukaq kerja last year dari manufacturing ke shipping company. maybe akan ada posting pasal pengalaman kerja pulak lepas ni and tips untuk yang belum grad or akan grad lepasni hihi. sharing is caring kan apa guna makan garam dulu kalau setakat nak pendam rasa masin tu sorang2. kena la berkongsi so hopefully bermanfaat dekat orang lain. 

eh dah la tu panjang pulak salam perkenalan pon. until next post!
chao~
 

Feraspace Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea