Monday, 8 June 2020

First post!

at June 08, 2020


Bismillahh


Assalamualaikum semua!


It's been a long time since i've blogged! ada dalam 10 tahun macam tu. hahaha woww how time flies! So since this is my first posting after 10yrs hence consider this as salam perkenalan ya. aku percaya yang takkan ada orang nak baca pon tapi takpa la. nak syok sendiri ja. hihii

so seketul fera ni merupakan anak perempuan tunggal. tak ada geng nak meluahkan perasaan. hanya abang2 yang menganggap diri ini cengeng(taktau la eja betoi ka dak ni) tapi tu la tiap kali aku nak curhat mesti kena kecam dulu hahaha siot ja. layan la sikit adik perempuan sorang ni bukan nak mintak apa pon. so yeah abang2 dah berkahwin semua dan bagi aku kakak ipaq yang baik dan pemurah tapi takkan sama la macam kakak sendiri. so sedih lagi dalam masa yang sama masih bersyukur. cuma takdak la nak curhat semua isi hati ni. ehek

status aku masih single but not available. masih dalam proses kumpul duit nak kawen hahahah relax dulu masih muda. buat kawan2 yang dah makin ramai menamatkan zaman bujang dan akan menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat, tahniah aku ucapkan. so yeah, masih lagi sangkut dengan hutang pt yang berpuluh ribu dan hidup masih perlu diteruskan. dulu parents aku tak bagi bercinta masa belajaq so aku rahsiakan hahahah sampai la satu masa ni which is dah masuk uni baru la aku perkenai kat family. pastu sekarang bila dah kerja parents tak habes2 tanya bila nak kawen hmm :) sudahh hahahah

kawan2 pulak tak ramai  yang real sekarang. cukup sekadar kawan yang menjadi kenalan di media sosial dan aku pasti depa takkan sampai sini punya hahaha. takpa la lagi bagoih. aku bole post suka hati tanpa tau sapa yang view blog aku ni. dari dulu aku akan ada kawan dipermulaan sesuatu tempat yang aku pi tapi dipengakhirannya mostly tak ramai yang stay. so yang stay ni ja la yang jadi kawan aku sampai sekarang. still contact each other tapi bila dah kerja ni hang takkan ada masa nak contact kawan2 hang macam dulu sebab masing2 ada life sendiri. aku pon jadi malaih nak contact bukan sebab apa. aku cuma lebih menghargai masa untuk diri aku sendiri ja. lagipon entah kenapa dari dulu selalu ja ada perselisihan faham dengan kawan2. perempuan la katakan. mana pernah lari dari terasa hati, mengutuk belakang, rampas kawan orang and etc. wakaka. aku rasa kawan laki aku lagi ramai dari kawan perempuan sebab laki ni dia relax. moga bf aku tak jeles dengan kawan2 laki aku hahahah. 

next, after grad 2018 aku start cari kerja dan rezeki aku dah tertulis untuk merantau dari kedah ke selangor. so sekarang dah 2020 masih lagi di selangor tapi dah bertukaq kerja last year dari manufacturing ke shipping company. maybe akan ada posting pasal pengalaman kerja pulak lepas ni and tips untuk yang belum grad or akan grad lepasni hihi. sharing is caring kan apa guna makan garam dulu kalau setakat nak pendam rasa masin tu sorang2. kena la berkongsi so hopefully bermanfaat dekat orang lain. 

eh dah la tu panjang pulak salam perkenalan pon. until next post!
chao~

0 comments:

Post a Comment

 

Feraspace Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea