Assalamualaikum semua!
hai again. harini rasa macam nak bagi tips untuk girls yang baru nak masuk belajaq universiti tak lama lagi. maklum la result upu baru keluaq kemaqin ni heheh dan akan ada yang dapat tawaran masuk ke ipta, asasi, matrik, poli, kolej mara, tingkatan 6 dan sebagainya. tapi tak kisah la ke mana pon anda berada. dengan sekeras-kerasnya aku nak cakap jangan sesekali berkawan dengan seorang tu ja aka jangan ada kawan baik dan berkepit macam belangkas dengan dia. aku taktau la kalau orang lain tu ada yang elok ja berkawan baik berpuluh-puluh tahun, alhamdulillah yang kekal semoga persahabatan anda terus kekal hingga ke jannah. tapi untuk yang belum ada atau baru dok plan nak cari kawan baik dekat tempat belajaq baru nanti tolonglah ingat pesan aku ni. TAK PAYAH ADA KAWAN BAIK!
adalah lebih baik kalau hang bergaul dengan semua orang dekat universiti dan kawan sekelas especially dengan kawan lelaki. tapi jangan bergedik! hahaha ada bezanya berkawan dan bergedik ni ya kawan2. so kalau hang jenis yang nak menjaga ikhtilat dan nak berkawan dalam circle yang kecik ja tolong berambus dari posting aku ni hahaha dak2 gurau ja. ni cuma nasihat hang just need to take it or leave it. so kenapa penting untuk tak ada kawan baik? bukan ka kawan baik yang tolong jaga tempat hang kat kelas, teman makan, teman berjalan ke bas, teman jalan2 and etc. kalau takdak kawan baik takleh la buat camni kan??
ingin aku tegaskan sekali lagi ya gais, kalau hang takdak kawan baik pon hang bole buat semua ni tapi dengan syarat hang kena kawan dengan semua orang. aku rasa dari dulu sampai sekarang perempuan kalau dalam kelas dia akan berpuak-puak, kalau classmate ramai lagi la hang akan jumpa banyak puak. puak ni dia ada banyak. ada yang puak ikut negeri(yang tau tu tau la kan), minat yang sama, sekufu(kaya dengan kaya) dan banyak lagi.
berkawan dengan sapa ni akan tentukan mental health hang dekat tempat belajaq yang baru sekaligus akan affect hang tak fokus belajaq, depression dan banyak lagi. aku dah kena 4 kali dalam sejarah hidup aku sepanjang aku belajaq dari satu tempat ke tempat yang lain. jadi aku rasa lepas aku takdak kawan baik baru la aku lebih happy dari sebelum ni. happy sebab aku takyah stress pasai masalah kawan2. happy sebab aku hanya fokus untuk achieve life goal aku ja tanpa perlu terasa hati dengan kawan2 or sapa rampas kawan sapa. aku dah rasa dah dulu. kalau hang kawan berdua, akan ada yang ketiga cuba masuk untuk berkawan dengan hampa. lama2 salah satu daripada yang berdua tadi akan mula rasa tersisih pastu mula la episod drama ayaq mata. jadi untuk apa hampa nak kena sakit hati pasai benda yang takdak paedah camtu kan.
live a life yang lead to happiness. kawan laki sangat penting sebab nanti hang akan terlibat dengan group assignment yang perlukan hang ke mana-mana dan of course hang akan manfaatkan depa ni untuk buat keja2 physical mcm print assignment, tolong submit and kalau depa ada kereta adalah satu bonus ya kawan2 hahahah. aku ni last sem baru aku ada kawan laki dan aku menyesai tak kawan dengan depa dari awai sebab depa ni semua jenis perform bab assignment wei. so hang takyah risau pasai carry mark confirm 3pointer ke atas dalam tangan dah! dulu aku malu sebab classmate lelaki aku dulu ni ramai yang dah tua lagi sebab depa lepasan diploma. aku masuk matrik so macam segan la nak tegoq ken bila beza umoq banyak. tapi takpa mistake learn!
lagi satu tolong la ada diversity untuk kawan dengan orang yang lain kaum. jangan racist or nak kawan dengan kaum hang ja. masa ni la nak belajaq kenai kaum cina, india sebab dah kerja nanti hang akan susah bergaul kat tempat kerja. masa belajaq ni la depa baik hati and peramah plus depa ni sangat rajin so kalau rasa nak perform exam sila berkawan dengan depa. they got a lot of notes and previous exam questions. bukan nak kata la tp senior2 cina ni mmg jaga terok kaum depa, yang senior akan pass semua notes dan buku2 kat junior. itulah rahsia kaum depa ni perform dean list every sem. benda yang paling aku menyesai masa universiti dulu aku tak manfaat masa lapang aku belajaq second language. which is sangat berguna untuk hang cari keja after grad. so gais take note for second language. preferred language is of course mandarin la tapi sapa yang nk belajaq benda lain pon dipersilakan.
back to our main subject, jadilah orang yang neutral dalam berkawan. sentiasa merendah diri dan jangan sesekali cerita masalah peribadi hampa! tambah2 pulak kalau benda tu rahsia besaq hang dalam hidup. senang cita jangan bukak aib hang depan kawan sebab benda tu selalunya yang akan jadi punca kawan hang mula meluat dengan hang dan mula la episod drama ayaq mata lagi sekali hahaha.
banyak lagi yang aku nak cerita tapi cukup dululah setakat ni. until next post!
chao~





2 comments:
Bersabar lah k cik adik.tak semua yang datang mendekati kita berniat baik. Biar kan ia menjadi pengajaran kepada kita
hehe. sebab selalu bersabaq la yg bole nasihat dekat org ni. supaya org lain tak rasa apa yg kita dah rasa.
Post a Comment